Guess what? I'm back again after two years, hahaha.
Hm hello?
Last post tahun 2024 and sekarang dah 2026. Cepat betul masa berlalu. Banyak perubahan dalam kehidupan dan diri sepanjang dua tahun ni. Siapa sangka umur selepas 25 ni lagi complicated bila dah jadi makin dewasa. Momen tahun 2025? Terlalu banyak sampai aku tak ingat hahaha. Keputusan besar aku buat tahun 2025 adalah sambung belajar diploma lepasan siswazah dalam bidang pengajaran. Alhamdulillah, walaupun kali ini sambung belajar sorang-sorang, I made it through to the end of the journey. Banyak suka duka, and siapa sangka dapat kawan baru walaupun belajar online. Momen happy tahun 2025 yang aku ingat juga selain sambung belajar adalah bestie saya Nurin kahwin. Alhamdulillah, she met her soulmate, Ammar, dan dapat capai impian dia untuk kahwin. Big news tahun ni pula, dia dah melahirkan seorang bayi yang comel, namanya Zulaikha. Ya Allah tembam betul pipi dia comel sangat. I'm happy for Nurin dan semoga keluarga kecil dia dirahmati Allah, diberikan rezeki yang baik dan dilindungi Allah SWT.
Aku? Hm, sekarang aku sihat-sihat je. Tahun 2026 menjadi satu perubahan besar yang berlaku. Besar ke? Takdelah besar sangat. Anyway, aku dah kahwin tahun ni, tarikh 18 Julai 2026. Ya… aku dah jadi isteri orang sekarang dan tambah tanggungjawab sebagai seorang isteri. Lelaki yang menjadi suami saya bernama Ahmad Ezhamdy, yang saya kenal sejak tahun 2022. Tup-tup dah 4 tahun perkenalan kami. Aku tak tahu nak describe suami aku macam mana dalam penulisan. Tapi dia lelaki yang baik dan sabar sangat dengan perangai aku yang kabut, overthinking, suka marah-marah hahaha, dan honestly dia lelaki yang buat aku selesa dan juga menyerlahkan sisi diri aku yang tak pernah aku tahu, iaitu perangai manja aku ihik. Baru 3 bulan lebih kami kahwin dan kami berdua masih lagi belajar menjadi suami isteri yang sentiasa ada di sisi dan bertanggungjawab. Aku pun masih belajar untuk menjadi isteri yang baik, taat, jaga hati suami dan juga kurang bebel kat suami, tapi nak kurangkan bebel tu susah ya hahahaha. Biasalah, dua insan dari latar gaya kehidupan yang berbeza nak menyesuaikan diri dengan gaya kehidupan masing-masing bila hidup bersama ni mengambil masa. Tapi alhamdulillah, aku dan Ez tak banyak beza dari segi gaya kehidupan dan pemikiran. Semoga suatu hari kami dilimpahi dengan rezeki yang baik dari segi pekerjaan dan harta, dan semoga kasih sayang antara kami semakin erat.
Itu sahaja blog saya untuk hari ini ke tahun ni? hahahah okaylah itu sahaja. Semoga kita dapat bersua lagi. Bye.
No comments:
Post a Comment