Seorang gadis yang inginkan kebahagiaan dan ketenangan dalam diri.Selamat datang ke ruang penulisan dari diri yang kecil ini.

Tuesday, 3 November 2026

Kisah 2026

Guess what? I'm back again after two years, hahaha. 

Hm hello? 

Last post tahun 2024 and sekarang dah 2026. Cepat betul masa berlalu. Banyak perubahan dalam kehidupan dan diri sepanjang dua tahun ni. Siapa sangka umur selepas 25 ni lagi complicated bila dah jadi makin dewasa. Momen tahun 2025? Terlalu banyak sampai aku tak ingat hahaha. Keputusan besar aku buat tahun 2025 adalah sambung belajar diploma lepasan siswazah dalam bidang pengajaran. Alhamdulillah, walaupun kali ini sambung belajar sorang-sorang, I made it through to the end of the journey. Banyak suka duka, and siapa sangka dapat kawan baru walaupun belajar online. Momen happy tahun 2025 yang aku ingat juga selain sambung belajar adalah bestie saya Nurin kahwin. Alhamdulillah, she met her soulmate, Ammar, dan dapat capai impian dia untuk kahwin. Big news tahun ni pula, dia dah melahirkan seorang bayi yang comel, namanya Zulaikha. Ya Allah tembam betul pipi dia comel sangat. I'm happy for Nurin dan semoga keluarga kecil dia dirahmati Allah, diberikan rezeki yang baik dan dilindungi Allah SWT. 

Aku? Hm, sekarang aku sihat-sihat je. Tahun 2026 menjadi satu perubahan besar yang berlaku. Besar ke? Takdelah besar sangat. Anyway, aku dah kahwin tahun ni, tarikh 18 Julai 2026. Ya… aku dah jadi isteri orang sekarang dan tambah tanggungjawab sebagai seorang isteri. Lelaki yang menjadi suami saya bernama Ahmad Ezhamdy, yang saya kenal sejak tahun 2022. Tup-tup dah 4 tahun perkenalan kami. Aku tak tahu nak describe suami aku macam mana dalam penulisan. Tapi dia lelaki yang baik dan sabar sangat dengan perangai aku yang kabut, overthinking, suka marah-marah hahaha, dan honestly dia lelaki yang buat aku selesa dan juga menyerlahkan sisi diri aku yang tak pernah aku tahu, iaitu perangai manja aku ihik. Baru 3 bulan lebih kami kahwin dan kami berdua masih lagi belajar menjadi suami isteri yang sentiasa ada di sisi dan bertanggungjawab. Aku pun masih belajar untuk menjadi isteri yang baik, taat, jaga hati suami dan juga kurang bebel kat suami, tapi nak kurangkan bebel tu susah ya hahahaha. Biasalah, dua insan dari latar gaya kehidupan yang berbeza nak menyesuaikan diri dengan gaya kehidupan masing-masing bila hidup bersama ni mengambil masa. Tapi alhamdulillah, aku dan Ez tak banyak beza dari segi gaya kehidupan dan pemikiran. Semoga suatu hari kami dilimpahi dengan rezeki yang baik dari segi pekerjaan dan harta, dan semoga kasih sayang antara kami semakin erat. 

Itu sahaja blog saya untuk hari ini ke tahun ni? hahahah okaylah itu sahaja. Semoga kita dapat bersua lagi. Bye. 

Monday, 2 September 2024

Cerita sekolah

Harini aku nak cerita konklusi kehidupan zaman sekolah aku waktu tingkatan 4&5. Aku boleh cakap yang waktu tu adalah permulaan dalam diri aku. Masuk asrama, banyak kawan baru, dan aku lebih terbuka dan sosial untuk mengenal dan bergaul dengan orang. Terima kasih kepada kawan-kawan rapat yang approach aku first masuk asrama waktu ting 4&5, mereka yang mengajar dan mengenalkan aku dekat orang lain. 

Banyak momen-momen yang best tapi ada juga benda pahit yang masih ingat sampai harini. Aku taknak cerita sebab benda tu dah lama and aku dah maafkan pun cuma tulah, I can never forget the pain. Dua tahun tu aku menghadapi peperiksaan besar which are SMA & SPM. Walaupun keputusan taklah cemerlang tapi taklah teruk sangat. Keputusan yang sedang-sedang je tapi bersyukur. 

Nak cerita benda ni agak cringe tapi time ni lah first time rasa cinta monyet. Nak kata suka sama suka tak jugak dia macam dalam hubungan situationship. Bukan aku yang start approach eh lelaki tu yang tiber suka aku. Situasi dia lawak juga la sebab sebenarnya aku pandang beg dia je sebab cantik tapi dia ingat aku suka dia hahahah aduhai. Waktu tu macam excited jugalah hati ni sebab first time orang suka kita, so banyak action yang tak matang la jugak. Maksud aku bukan action yang buruk, tapi korang paham la kan waktu cinta zaman sekolah macam mana. Tapi sekarang kitaorang dah jadi kawan je sebab hubungan kitaorang tak ada kata putus dan tergantung macamtu bila habis sekolah. 

Waktu aku ada momen pahit, aku ada kawan-kawan rapat yang baik dan aku sayang backup untuk aku sebab aku jenis tak pandai nak defend diri sendiri. Hani, Hanim, Nurin & Dina adalah kawan yang aku selesa, rapat dan paham aku macam mana. Aku bersyukur ada teman macam mereka. Terima kasih untuk segalanya. Banyak kenangan yang best dan pahit tapi taknak la cerita semuanya kat sini sebab kalau cerita ni dua hari pun tak habis lagi. Biarlah aku simpan dalam memori aku selagi ingat. Okaylah sini saja ceritanya. Bye.


Sunday, 1 September 2024

 2024


    Assalamualaikum & hi. Guess what? Selepas 10 tahun baru nak tengok blog ni balik hahaha. So here my first post after 10 years. Alhamdulillah sekarang masih hidup dan sudah pun berumur 25 tahun. Cepat masa berlalu dan banyak juga kenangan, rintangan liku-liku kehidupan. Permikiran pun dah semakin matang & berbeza dari diri 10 tahun lepas. 

Bila aku baca post yang lama-lama kan, terasa cringe do hahaha. Dia macam rasa budak sangat tapi tulah diri aku yang dulu masih mengenal manusia dan dunia. Banyak benda aku belajar bila lepas habis sekolah dan banyak benda yang mengubah diri aku. Dulu blog post semua ber-ana, islamik, dan puisi tapi sekarang tak dah. Rindu diri yang dulu tapi kena sayang diri aku yang sekarang. 

Korang nak tahu ke update apa yang aku buat sekarang? hm tak payahlah. Memalukan je diri sekarang ni tak ada apa yang nak dibanggakan... Okay yelah aku cerita sedikit apa perkembangan diri aku sekarang.

Sekarang aku kerja part-time sebagai cikgu seni visual. Part-time je beb bukan full-time. Dah nak penghujung umur 25 masih tak dapat kerja full-time, memalukan betul kan? Everytime orang tanya kat parents aku yang aku ni kerja apa, diorang jawab kerja sambilan je tak full-time lagi. Aku rasa malu, rendah diri & rasa tak guna. Lagi-lagi bila adik aku dah dapat kerja full-time straight away lepas dia habis belajar lagilah aku rasa diri tak guna. Tapi apa-apa pun aku kena percaya yang Allah akan bagi rezeki suatu hari nanti. Mungkin Allah taknak bagi sekarang sebab nak aku belajar & perbaiki diri, iman dan percaya dekat Dia. Doakan semoga aku sentiasa rajin & dapat capai impian aku. 

Okaylah itu je kut nak cerita dalam post ni. In shaa Allah akan datang aku up sini lagi. Eh lupa nak bagitahu, kepada Nik Adlina 10 tahun yang lepas, impian anda nak kurus & cantik dah tercapai dan sudah 6 tahun masih kekal. Okay bye. 

Sunday, 9 February 2014

Assalamualaikum 2014

Dengan kalam Bismillahirrahmanirrahim ,

Tanganku mula menekan satu per satu huruf atas papan kekunci , memang dah lama tidak buka laptop jadi bila menaip menjadi teragak agak untuk menaip . satu sesaat sudah lepas dan masa berlalu pantas ..
sudah lama tak buka blog rindu rasanyaa , bila sudah start persekolahan 2014 , jadi sibuk kerana tahun ini peperiksaan besar buat kali pertamanya diadakan iaitu PPMR . huh , mengeluh pun ada sebab banyak nak kena keluar bahan untuk buat setiap kertas eviden . tapi takpe sebab nak struggle kene kuat keyakinan , in shaa Allah boleh . you can do it ! . tahun ini tak sabar nak sambut seorang ahli keluarga baru dalam hidupku pada bulan march nanti , in shaa Allah tapi terasa happy tak terkira nak sambut kelahiran adikku ... okay okay , dok tau nk kecek gapo , disini sahaja yang mampu dicoretkan . semoga kita bertemu kembali di masa yang akan datang . daaa~


Assalamualaikum

-guinowl-



Monday, 23 December 2013

Throwback .

Tik tok tik tok ,

Jam menunjukkan sudah pukul 12:02 AM .' heih , aku terlebih dua minit' . Tanganku masih lincah menaip papan keyboard gaya orang bekerja . Hahah , sangatlaa kan . Apapun semakin lincah aku menaip semakin pantas saat berlalu . Tidak ku sedar masa berlalu .  haha , setakat pendahuluan aje dah gaya novel aku tengok . ' Iyaalah tuu , mengarut laa kau adlina ' . okay stop jap .

Selama kenangan 2013 masih terpahat lagi di dalam minda aku . suka , duka , gembira , sedih semuanya masih cergas di dalam mindaku . tak dapat ku lupa . aku sayang sahabat aku . why , aku selalu mimpi diorang . nampak sangat aku rindu . huhuhu . tak sabar aku nak kembali ke sekolah . gembira itu ada selalu ada tapi kemalasan itu ada terselit sikit di situ . heeee . 26/27 . hari best . dapat result sambil beli buku . bhaha yang paling 'trick' the best . gatal sikit mata tu intai orang punya result . ada pulak camni . pelik . hahah . akulah tu yang pelik . hahahah . bape banyak kali dah aku gelak . dah tak siuman aje . okay , ingat balik kenangan . bila bila ingat balik ada jugak rasa malu . yelaa , still nak belajar cara matang . luls . the best part . waktu jamuan akhir tahun . best sangat . candid gilaa kitorg . gembira tak terkira katakan . semua happy gilaa . bhahaha . semua pakat pakat yang anak dara semua tolong potong buah . hahaha . bila ingat semua itu , secara automatik membuatku senyum lebar .

Bila dah hari terakhir . tak sempat nk jumpe beramai ramai salam salaman . rasa sedih . uhukk . bila dah start cuti sekolah . macam macam berlaku , sedih dapat menerima kematian bekas pelajar sekolah dengan arwah ustaz abu meninggal . hmmm . takziah untuk mereka berdua . semoga ditempatkan di kalangan orang beriman . tukar topik lain . happily aku dpt jugak syok bercuti sakan ni . pergi terengganu . and round satu melaka . penat yoo , sampai nak sakit gila perit tumit kaki aku asyik berjalan . apapun dapat jugak berjalan sakan tahun ni . uhukk . tahundepan aku dah nak masuk ' form 3 ' . perghhh . PBSMR CANDIDATES . huh . harap harap laa tak susah mak oii . yang penting . bila dah start tahundepan . akan bermula legend kami sebagai calon PBSMR . bhahahah . okaylah dah berjela jela aku type . sampai esok tak kesudah aku type kang. assalamualaikum bro and sis . chaw dulu


  Gambar kenangan di tingkatan dua .
  The best memories .
  Candid :)








*cari gambar ana . ceit , senang giloo*

Saturday, 21 December 2013

Allah ...

Allah ada .
Allah ada di sisi kita .
Allah ada ketika waktu kita senang .
Allah ada ketika kita susah .
Allah ada di kala kita gembira .
Allah ada dikala kita sedih .
Allah ada melihat segala tingkah laku kita .
Allah ada .
Allah ada dimana jua

Tapi kita sebagai hambaNya , adakah kita sering ingat kepadaNya ?
Muhasabah seketika .
Tepuk dada , Tanya Iman .

Assalamualaikum .

Monday, 16 December 2013

Peringatan .

Biar segala apa yang berlaku dijadikan kenangan .
Yang baik dijadikan pedoman .
Yang jahat dijadikan teladan .
Segala apa yang berlaku di dalam hidup kita . 


Sedarlah wahai manusia ,
Kita ini masih Hamba Allah ,
Jangan angkuh dengan semua yang engkau ada,.
Kerana perkara itu tidak membawa apa apa kepada engkau ,
Tidak disoal perkara ini di akhirat kelak,.
Yang disoal apa ?
Amalan yang telah engkau lakukan .


Sedarlah wahai manusia ,
Hidup ini cuma sementara ,
Persiapkanlah amalan  ,
Untuk menghadapi cabaran seterusnya ,
Dan untuk di soal di akhirat kelak .
Jangan engkau menolak perkara yang benar ,
Kerna benda yang benar itu adalah baik dan kadangkala tidak .

Sedarlah wahai manusia ,
Jangan engkau cepat berputus asa ,
Teruslah engkau berusaha hingga kau capai impian yang engkau ingin miliki ,
Tapi janganlah engkau takbur ,
Kerana Allah tidak suka orang berperangai sifat begitu .
Tanamkan sifat rendah diri ,
Di dalam diri kita .

Wahai manusia ,
Kuatkan ukhuwah persahabatanmu ,
Jangan regangkannya ,
Jaga ikhtilat di antara dirimu ,
Jangan sampai menjadi binasa ,
Tanamkan sifat malu di dalam dirimu ,
Kerana ia akan jadi pelindung dirimu,
Kuatkan Iman di dada ,
Kuat ketaqwaan ,
Kuatkan Akidah ,
Pasti In shaa Allah akan menjadi manusia yang paling mantap !



            Assalamualaikum
                          - unknown-



*Peringatan untuk semua termasuk diriku jua .