Seorang gadis yang inginkan kebahagiaan dan ketenangan dalam diri.Selamat datang ke ruang penulisan dari diri yang kecil ini.

Monday, 2 September 2024

Cerita sekolah

Harini aku nak cerita konklusi kehidupan zaman sekolah aku waktu tingkatan 4&5. Aku boleh cakap yang waktu tu adalah permulaan dalam diri aku. Masuk asrama, banyak kawan baru, dan aku lebih terbuka dan sosial untuk mengenal dan bergaul dengan orang. Terima kasih kepada kawan-kawan rapat yang approach aku first masuk asrama waktu ting 4&5, mereka yang mengajar dan mengenalkan aku dekat orang lain. 

Banyak momen-momen yang best tapi ada juga benda pahit yang masih ingat sampai harini. Aku taknak cerita sebab benda tu dah lama and aku dah maafkan pun cuma tulah, I can never forget the pain. Dua tahun tu aku menghadapi peperiksaan besar which are SMA & SPM. Walaupun keputusan taklah cemerlang tapi taklah teruk sangat. Keputusan yang sedang-sedang je tapi bersyukur. 

Nak cerita benda ni agak cringe tapi time ni lah first time rasa cinta monyet. Nak kata suka sama suka tak jugak dia macam dalam hubungan situationship. Bukan aku yang start approach eh lelaki tu yang tiber suka aku. Situasi dia lawak juga la sebab sebenarnya aku pandang beg dia je sebab cantik tapi dia ingat aku suka dia hahahah aduhai. Waktu tu macam excited jugalah hati ni sebab first time orang suka kita, so banyak action yang tak matang la jugak. Maksud aku bukan action yang buruk, tapi korang paham la kan waktu cinta zaman sekolah macam mana. Tapi sekarang kitaorang dah jadi kawan je sebab hubungan kitaorang tak ada kata putus dan tergantung macamtu bila habis sekolah. 

Waktu aku ada momen pahit, aku ada kawan-kawan rapat yang baik dan aku sayang backup untuk aku sebab aku jenis tak pandai nak defend diri sendiri. Hani, Hanim, Nurin & Dina adalah kawan yang aku selesa, rapat dan paham aku macam mana. Aku bersyukur ada teman macam mereka. Terima kasih untuk segalanya. Banyak kenangan yang best dan pahit tapi taknak la cerita semuanya kat sini sebab kalau cerita ni dua hari pun tak habis lagi. Biarlah aku simpan dalam memori aku selagi ingat. Okaylah sini saja ceritanya. Bye.


Sunday, 1 September 2024

 2024


    Assalamualaikum & hi. Guess what? Selepas 10 tahun baru nak tengok blog ni balik hahaha. So here my first post after 10 years. Alhamdulillah sekarang masih hidup dan sudah pun berumur 25 tahun. Cepat masa berlalu dan banyak juga kenangan, rintangan liku-liku kehidupan. Permikiran pun dah semakin matang & berbeza dari diri 10 tahun lepas. 

Bila aku baca post yang lama-lama kan, terasa cringe do hahaha. Dia macam rasa budak sangat tapi tulah diri aku yang dulu masih mengenal manusia dan dunia. Banyak benda aku belajar bila lepas habis sekolah dan banyak benda yang mengubah diri aku. Dulu blog post semua ber-ana, islamik, dan puisi tapi sekarang tak dah. Rindu diri yang dulu tapi kena sayang diri aku yang sekarang. 

Korang nak tahu ke update apa yang aku buat sekarang? hm tak payahlah. Memalukan je diri sekarang ni tak ada apa yang nak dibanggakan... Okay yelah aku cerita sedikit apa perkembangan diri aku sekarang.

Sekarang aku kerja part-time sebagai cikgu seni visual. Part-time je beb bukan full-time. Dah nak penghujung umur 25 masih tak dapat kerja full-time, memalukan betul kan? Everytime orang tanya kat parents aku yang aku ni kerja apa, diorang jawab kerja sambilan je tak full-time lagi. Aku rasa malu, rendah diri & rasa tak guna. Lagi-lagi bila adik aku dah dapat kerja full-time straight away lepas dia habis belajar lagilah aku rasa diri tak guna. Tapi apa-apa pun aku kena percaya yang Allah akan bagi rezeki suatu hari nanti. Mungkin Allah taknak bagi sekarang sebab nak aku belajar & perbaiki diri, iman dan percaya dekat Dia. Doakan semoga aku sentiasa rajin & dapat capai impian aku. 

Okaylah itu je kut nak cerita dalam post ni. In shaa Allah akan datang aku up sini lagi. Eh lupa nak bagitahu, kepada Nik Adlina 10 tahun yang lepas, impian anda nak kurus & cantik dah tercapai dan sudah 6 tahun masih kekal. Okay bye.